Terkini

Grab this Widget

25 Oktober 2010

HUBUNGAN KOLESTROL DENGAN PENYAKIT JANTUNG

Kolestrol dihasilkan oleh hati dan merupakan beberapa komponen lemak yang terdapat di dalam darah dan tisu manusia. Tubuh perlu membina sel-sel membran, sebagai lapisan perlindungan pada serat saraf, serta untuk menghasilkan vitamin D dan beberapa hormone. Paras kolestrol yang tinggi dikaitkan pembentukan plak di sepanjang saluran darah. Pembentukan plak yang berterusan boleh menyekat kelancaran peredaran darah. Bergantung juga saluran darah mana yang tersekat, ia boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Memandangkan kolestrol meruapakan bahan yang berlemak, maka ia tidak larut di dalam air dan ia dibawa melalui aliran darah olej molekul istimewa yang dikenali sebagai lipoperotien. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu " Low Density Lipoprotien (LDL) dan "High Density Lipoprotien" (HDL). LDL boleh menyebabkan masalah kesihatan memandangkan ia membekalkan kolesterol ke tisu tubuh dan membuangnya melalui dinding arteri. Berlainan pula dengan HDL, bersifat melindungi kerana ia mengangkut kolestrol dari tisu tubuh dan dinding arteri dan kemudian menghantar semula ke hati untuk dikitar semula. Sama ada tinggi LDL atau rendah HDL, ia boleh menyebabkan risiko serangan jantung.

Di antara cara untuk mengurangkan kandungan kolestrol ialah dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu di dalam diet seperti produk tenusu, daging dan lelemak. Selalu lakukan senaman kerana ia bukan sahaja menguatkan jantung, malah boleh mengurangkan kolesterol baik HDL. Ia juga merupakan satu kaedah yang penting untuk mengawal berat badan. Obesiti dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi di dalam darah.

Ramai pengguna telah berpuas hati apabila mengamalkan pengambilan BIOFIBER bersama ceraian SALINDAH B1 untuk mengawal kolesterol di dalam darah. BIOFIBER bertindak dua cara iaitu memecah kolesterol supaya mudah dibuang atau menyerap terus kolesterol tersebut. Ia menghalang penyerapan kolesterol dari usus.

Artikel asal : http://www.eraedar.com.my/kolestrol_jantung.html
Catat Ulasan